Isnin, 29 November 2010

Hutang - Dosa yang tidak diampunkan Allah


ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2 Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3 Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4 Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5 Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab
dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –


Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya terbitan Jabatan Agama Islam Selangor

Mayat Gemuk Terlalu Ringan, Mayat Kurus Terlalu Berat

Diceritakan oleh Ustaz Haron Ibrahim

ADA dua kisah yang ingin saya ceritakan di sini tapi kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pertama, kisah mayat orang gemuk tetapi jenazahnya terlalu ringan dan kedua, mayat orang kurus tetapi jenazahnya terlalu berat.

Peistiwa pertama berlaku kira-kira 12 atau 13 tahun yang lalu masa saya baru beberapa tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang. Allahyarham yang saya uruskan itu masa hidupnya berpenyakit mental. Usianya dalam 30-an dan tingginya lebih kurang macam saya.

Badannya pula tegap dan gemuk. jadi kalau hendak dikira pada akal, mayatnya nanti tentulah berat. Macam biasa, apabila diberitahu ada mayat tak berwaris di Hospital Klang saya pun pergi ke sana dengan beberapa orang pembantu untuk menguruskannya. Apabila sampai di hospital, saya terus pergi ke bilik mayat dan ambil mayat berkenaan.

Kasihan, Allahyarham yang hendak saya uruskan itu meninggal dunia akibat digilis kereta api. Apabila dibuka kain yang menutup tubuh Allahyarham, saya tengok keadaannya amat memilukan. Tubuhnya penuh dengan luka-luka dan kesan jahitan. Ada beberapa bahagian badannya juga putus-putus tapi doktor telah sambungkan semula. Memang dahsyat kecederaan yang
dialaminya.

Semasa mandi dan kapankan tidak ada sebarang keanehan berlaku. Tapi Allah itu Maha Besar. Bermula kita angkat jenazah dengan pengusung dari kereta jenazah ke kuburnya hinggalah ke saat dia dimasukkan ke liang lahad, berlakulah beberapa kejadian yang amat menginsafkan.

Jarak dari kereta jenazah ke kubur Allahyarham lebih kurang 30 meter. Bila sampai ke kawasan perkuburan, kami angkat keranda Allahyarham ini menuju ke kuburnya yang telah kami siapkan. Saya angkat di bahagian belakang.

Bermula di sini, peistiwa pertama berlaku. Maha Suci Allah, tiba-tiba saya dapati jenazah yang bertubuh gemuk itu menjadi amat ringan. Kenapa ni? tanya saya di dalam hati. Saya ingatkan kami angkat tak betul, tak serentak, jadi saya cepat-cepat beritahu tiga lagi kawan
saya itu supaya angkat betul-betul.

Saya kata pada mereka, "Angkat...peganglah betul-betul, nanti jatuh mayat ni. Ringan sangat ni...peganglah."

"Yalah ustaz, kami angkatlah ni," kata salah seorang daripada mereka. Rupanya saya tersalah sangka. Sebenarnya bukan kami yang tersilap angkat, tapi itu adalah petunjuk kebesaran Allah. Yang ada di depan kami ketika itu adalah salah satu tanda kebesaran-Nya.

Sepanjang 30 meter mengangkat jenazah itu dari kereta mayat ke kuburnya tugas itu terasa amat mudah dan menyeronokkan. jenazah itu kami rasakan terlalu ringan. Ringannya itu ibarat daun kering yang diletakkan di atas bahu. Tak rasa apa-apa pun, bahkan saya rasa macam ada orang lain yang turut sama bantu mengangkat mayat itu, sokong ia daripada bawah.

Mayat itu seolah-olah diapungkan. Bukan saya saja yang dapat rasakan kemuliaan yang Allah berikan kepada Allahyarham itu, malah kawan-kawan yang lain pun turut dapat merasakannya.
Insan yang baik akan sentiasa dilindungi dan dirahmatkan Allah.

Apabila sampai ke kubur, berlaku satu lagi kejadian aneh, yang amat menyentuh perasaan
saya. Mula-mula itu kawan saya, Pak Anjang Aki, berada di dalam kubur sementara saya di atas.

Sedang saya sibuk buat kerja di atas kubur, tiba-tiba Pak Anjang Aki memanggil saya, "Haron! Turun cepat Ron."

"Kenapa pula?" kata saya terkejut.

"Wangilah kubur ni. Kalau engkau nak kebumikan aku sekali dengan mayat ni pun tak apa. Aku tak mahu naik, kebumikanlah aku sekali dalam kubur ni," katanya serius.

Terkejut juga saya dengan kata-kata Pak Anjang Aki itu. Untuk memastikan kebenaran kata-katanya, saya turun ke dalam kubur berkenaan. Maha Suci Allah, memang benar kata Pak Anjang Aki itu. Kubur tersebut memang wangi.

Wanginya itu tak tau nak saya kata macam mana. Sangat harum. Saya tak dapat nak kata bau apa, tapi satu jenis bauan yang amat wangi. Nak kata tanjung ke, cempaka ke, saya tak dapat nak kata bau apa.

Dalam masa sibuk nak uruskan jenazah dan ketika hati saya tertanya-tanya dengan keistimewaan yang Allah berikan kepada jenazah itu, tiba-tiba saya terpandang ada dua lubang pada dinding kubur berkenaan. Bentuknya seperti lubang aircond. Bagi saya yang baru beberapa tahun menguruskan jenazah dan kali pertama menyaksikan kejadian seumpama itu, mulanya saya sangkakan lubang itu biasa saja. Tak ada yang istimewa. Tapi tidak bagi Pak Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman. Menurutnya, lubang itu bukan lubang biasa kerana dari kedua-dua lubang itulah keluarnya bau wangi yang kami sama-sama hidu. Begitulah kehebatan Allah.

Bagi saya pengalaman ini cukup menarik. Ia mengingatkan saya bahawa benarlah seperti yang disebutkan di dalam hadis iaitu kubur adalah taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman) dan kubur juga adalah lubang-lubang neraka (bagi yang ingkar). Itulah agaknya taman syurga yang bakal dihuni oleh Allahyarham tadi.

Kejadian-kejadian seperti ini semasa kita uruskan, kebumikan, tak perasan sangat tapi apabila sudah lama baru dapat macam satu penjelasan kenapa mayat itu ringan. Pada pendapat saya, salah satunya mungkin sebab Allahyarham itu pesakit mental, jadi apa yang dia
buat gugur dari segi syarak. Dan mungkin juga ada orang menganiayanya. Maka memang layaklah dia mendapat keistimewaan seperti itu.

Pengalaman tersebut cukup berbeza dengan pengalaman yang saya lalui beberapa tahun selepas itu.

Pengalaman kedua yang ingin saya ceritakan ialah menguruskan satu jenazah seorang tua, umurnya dalam lingkungan 50-an, badannya kurus tapi masya-Allah...jenazahnya cukup berat.

Mayat ini kurus macam papan. Seperti pengalaman yang pertama tadi, tidak ada sebarang keanehan berlaku ketika kami memandi dan mengapan jenazahnya. Tapi apabila hendak diangkat dari kereta jenazah ke kubur, berlakulah peristiwa yang cukup mengharukan. Satu lagi petanda Allah tunjukkan kepada kami. Mayat kurus yang kami angkat itu tiba-tiba saja menjadi teramat berat.

Seorang kawan yang sama-sama mengangkat keranda itu bertanya pada saya, "Engkau tak angkat ke keranda ni Haron? Angkatlah sama ... berat sangat ni."

Saya pun sangka macam itu. Saya ingat dia yang tak angkat mayat tu. Empat orang angkat, tak kanlah susah sangat nak angkat mayat yang kurus macam papan ni.

Perjalanan sejauh beberapa puluh meter menuju ke kubur itu kami rasa cukup menyeksakan. Jenazah itu seolah-olah ditekan dari atas sampaikan bahu saya terasa amat sakit. Sama ada berat mayat atau malaikat yang tekan, wallahuaklam. Akibat terlalu berat itu, saya terjelepok ke tanah dan seluar saya, di bahagian paha koyak terkena batu. Tapi nasib baiklah saya dapat tahan keranda itu, kalau tidak tentu mayat tersebut jatuh ke tanah.

Bukanlah tujuan saya nak mencaci Allahyarham, tapi sekadar nak mengingatkan kita yang masih hidup ini. Bagi saya, mayat tadi adalah petunjuk daripada Allah tentang hukuman bagi orang yang ingkar kepada-Nya.

Pada zahir, memang jenazah itu layak menjadi berat. Semoga kesalahan Allahyarham diampunkan Allah.

Untuk pengetahuan pembaca, daripada laporan yang kami terima, Allahyarham ini matinya di tempat pelacuran. Nauzubillah. Teman-temannya pun pelacur.

Sama ada dia meninggal dunia ketika sedang melanggan pelacur atau tidak, wallahuaklam. Yang laporkan dia meninggal di situ pun adalah orang yang berada di kawasan pelacuran itu juga. Jadi tidak hairanlah kalau Allah hukum dia seperti itu.

Selepas kejadian tersebut saya simpan seluar itu. Isteri saya pun hairan tengok saya simpan seluar koyak. Tapi saya beritahu dia, seluar koyak itu amat bermakna dalam hidup saya. Ia memberikan banyak iktibar. Ada pengalaman yang cukup menginsafkan pada seluar koyak itu.
Tapi sekarang seluar itu sudah tidak ada lagi. Ke mana perginya saya pun tak tahu.

Dua pengalaman tersebut amat memberi kesan dalam hidup saya. Macam itulah kehidupan kita di
dunia ini. Ada orang hidupnya beriman tapi matinya pula dalam keadaan tak beriman. Ada pula orang yang hidupnya kafir tapi matinya Islam. Ada orang hidupnya Islam tapi matinya kafir. Ada pula orang masa tengah nazak dia bertaubat dan Allah ampunkan. Begitulah seterusnya.

Semoga kita mati dalam husnul khaimah dan kubur kita kelak Allah jadikan sebagai taman syurga.


Sumber: Mastika

Terminum Kahak Jemaah Pakistan




MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara sa tu sama lain.

Kisah yang ingin saya kongsi bersama pem baca minggu ini berlaku pada rakan saya se waktu me ngerjakan haji beberapa tahun lalu.

Tujuan saya mendedahkan kisah ini bukan un tuk mengaibkan orang. Sebaliknya un tuk di ja dikan pengajaran agar peristiwa sama ti dak berulang pada jemaah lain yang akan me ngerjakan umrah atau haji pada masa akan da tang.

Sebagai hamba Allah, beliau sepatut nya tidak memperlekehkan jemaah lain dise babkan pe nyakit batuk kering yang dihidapinya.

Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan ber laku ke atas diri kita seperti mana yang dialami rakan saya.

“Harap-harap janganlah aku di tempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pu la kat aku,” ujar beliau de ngan pe rasaan benci dan som bong.

Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan je maah yang lain.

“Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk meng ab dikan diri kepada Allah, tapi awak pu la fikir bukan-bu­kan,” kata ra kan nya.

Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditem patkan bersama enam je maah lain dalam sebuah khemah ber ban ding khemah lain menempatkan la pan orang.

“Syukurlah, khemah kita cuma enam orang sahaja, tidaklah kita tidur berhimpit-himpit macam ikan sardin,” ujar beliau bangga.

Sewaktu berehat di dalam khemah, be liau ter nampak seorang pegawai Ta bung Haji ber sama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya.

Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.

“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu di tem patkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa,” kata beliau pada pegawai Tabung Haji itu.

Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, se bab itu beliau mem ban tah has rat pegawai Tabung Haji menem pat­kan jemaah kurus itu da lam khemahnya.

Ternyata Allah menge ta hui niat setiap hambanya. Apa bila pulang semula ke Me kah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidil haram, tekak beliau bera sa amat kering sekali.

“Panas betul hari ini, lebih baik aku pergi minum air zam zam dulu bagi hilangkan haus,” bi sik hati beliau.

Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepa tut nya beliau ambil gelas baru di sebelah ka nan tong air zam zam yang belum digunakan.

Sewaktu meminum air zam zam itu beliau te rasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau.

Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau ber tanyakan pada jemaah berdekatan si­apa yang meng gunakan gelas itu sebelum ini.

Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang meng gunakan gelas plastik itu. Lebih mem buatkan beliau betul-betul muntah apabila je maah Pa kistan itu mengakui dia seorang peng hidap batuk kering.

Dia mengaku kahak di dalam gelas itu di lu dahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk me ludah.

Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila men dengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.

Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mung kin balasan Allah ke atas dirinya kerana ber mulut celupar serta suka menghina orang se suka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.

Beliau betul-betul menyesal. Sebagai me nyuci segala dosa dan keterlanjuran yang dilakukan, beliau segera mengerjakan solat tau bat di dalam Masjidilharam. Beliau memohon ke ampunan Allah berserta cucuran air mata.

Di bilik penginapan beliau se gera menemui jemaah tua yang sering beliau hina sebelum itu. Beliau ber janji tidak akan memandang hina pa da jemaah berpenyakit kerana se mua penyakit itu berupa ujian Allah pada setiap hambanya untuk me ngu ji sejauh mana keimanan hambanya.


Sumber: http://www.perdanaonline.com.my

Solat Tahajjud usir penyakit


TIDAK dapat dinafikan tidur adalah satu amalan yang perlu dan pasti bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini.


Manusia bukannya enjin.

Ia tidak dapat bekerja tanpa rehat. Enjin boleh digerakkan tanpa rehat selagi perkara yang diperlukan olehnya seperti minyak dan sebagainya dapat kita penuhi.

Manusia walau pun mendapat cukup makan dan minum akan merasa penat sekiranya bekerja terus menerus tanpa rehat. Tanpa rehat, tenaga manusia akan terus berkurangan.

Cara berehat sebaik-baiknya bagi manusia bukanlah dengan berhenti bekerja, tetapi dengan tidur.

Melalui tidur tenaga manusia yang digunakan semasa bekerja dapat dipulihkan kembali kerana pada waktu tidurlah segala anggota yang diguna untuk bekerja berhenti daripada tugasnya.

Pentingnya tidur dan waktu rehat itu diakui Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: “Allahlah yang membelah Subuh dan yang menjadikan malam untuk rehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk menjadi sumber segala perhitungan. Inilah ketentuan yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Al- An’am ayat 96) Walaupun dalam ayat di atas Allah menyatakan malam untuk berehat, sebagai hamba Allah tidak seharusnya menggunakan waktu malam itu untuk tidur semata-mata.

Kita seharusnya ingat dan sedar kepada motif dan tujuan Allah menjadikan manusia.

Motif Allah menjadikan manusia jelas dinyatakan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku.” (Surah Az-Dzaariyaat ayat 56) Daripada ayat di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bagaimana kita harus menggunakan waktu malam. Jika pada siang kita menggunakan kira-kira 100 peratus masa untuk kerja dunia, pada waktu malam biarlah kita peruntukkan sebahagiannya untuk berhubung dengan Allah.

Dan cara yang sebaik-baiknya untuk berhubungan dengan Allah ialah bangun mengerjakan solat Tahajud atau sembahyang tengah malam.

Sesungguhnya, bangun di tengah malam untuk bertahajud banyak kelebihan dan besar pahalanya. Ini jelas dari Firman Allah yang bermaksud: “Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun Tahajud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu. Moga- moga Allah akan mengang kat mu ke tingkat yang terpuji.” (Surah Al-Israk ayat 79) Amalan untuk bangun bertahajud adalah satu perbuatan yang amat berat untuk mengerjakannya.

Keadaan tubuh yang letih dan lesu menyebabkan sesetengah orang itu tidur seperti mati tidak sedarkan diri lagi walau pun puas dikejutkan.

Matanya akan bertambah mengantuk dan tubuhnya bertambah penat apabila mereka tidur lewat kerana asyik menonton televisyen.

Keadaan sejuk dan suasana sepi di tengah malam juga menjadi faktor seseorang nyenyak tidur dan merasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah.

Satu persoalan yang boleh diketengahkan di sini ialah mengapakah Allah meletakkan waktu sembahyang Tahajud itu di tengah malam ketika suasana sunyi sepi dan penuh kesejukan? Jawapannya ialah untuk menguji sejauh manakah taatnya seseorang makhluk yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.

Manusia yang betul-betul yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan bangun di tengah malam untuk bertahajud.

Sesungguhnya sembahyang Tahajud satu daripada sembahyang sunat saja. Tetapi sembahyang ini mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi sekali berbanding dengan sembahyang sunat lain.

Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu Qiamullail (solat malam) kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi) Tetapi sedikit sekali umat manusia yang mengaku dirinya ber agama Islam ini sanggup dan bersedia melakukan sembahyang Tahajud walaupun mereka sedar tingginya kedudukan dan nilai solat berkenaan.

Sesungguhnya manusia akan berlumba-lumba melakukan Tahajud jika dapat merasa betapa sedap dan nikmatnya melakukan amalan itu.

Kenyataan itu membuktikan bahawa peminat bola sepak akan bangun jam 2 pagi untuk menonton tayangan siaran secara langsung walau pun hanya keseorangan.

Ini adalah lantaran perasaan dan dorongan minatnya yang berkobar-kobar. Pada hal ula ngan tayangan kepada perlawanan itu biasanya akan dibuat pada waktu siang beberapa hari kemudiannya.

Tidak bolehkah perbuatan yang sama kita lakukan untuk bersembahyang Tahajud? Kita merasa keberatan untuk bangun melakukan sembahyang tersebut kerana kita tidak dapat merasai betapa lazat dan nikmatnya sembahyang Tahajud.

Keheningan malam seolaholah akan memberi kesempatan untuk merapatkan jurang perhubungan antara makhluk dengan khaliq.

Apa yang dibaca oleh seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Kuasa.

Biasanya permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat diterima dan dilayan apabila tidak ramai yang memohonnya.

Oleh itu mohonlah keampunan dan limpahan dari Allah ketika orang lain sedang nye nyak tidur. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat daripada Allah.

Sumber: Harian Metro

Ahad, 28 November 2010

Kasih Ilmu...Kasih Dirimu...


Kasih ilmu...kasih dirimu...

Dirimu tercipta atas TAUHID

Yang maha Esa untuk diriku

Hadir menemani ku dalam

Sebuah kehidupan

Menghubungkan mahligai SOROF


Ana,anta

Menjadi NAHNU

Kau mengungkapkan kasih sayang bait2 NAHU

Agar jiwa tidak terluka

Terus kau goreskan tinta jawi KHAT yang indah

Utk menemani kebahagianku

Saat aku menangis sendiri

Kau tiupkan dengan kata2 BALAGHAH

Sebagai penawar yg memudaratkan racun berbisa


Ketahuilah kisah kehidupan yg kita lalui

Bukan mudah yg dijanjikan

MANTIQ aqal perlu diselami

Agar mengerti setiap langkah

Telah kau bisikkan ayat HADITH pendamping setia

Mengusir setiap kesepian

Bagi menghiasi sinaran akhlak yg mencontohi nabi saw

Rusuk kanan mu yg rapuh ini

Kau kuatkan dengan tafsir KALAMULLAH

Dan ikatan kita akan terus berjalan

Menghayati contoh tauladan tamadun islam penguat agama

Izinkan aku menjadi pelengkap MUSLIM mu

Izinkan aku menjadi pelengkap BUKHARI mu


Kerana

Kasih sayang akan terbina apabila FAQIH ia dalam agama

Maka aku telah memilih jalan ini

Terus kekal

Hingga MIRAS ku memahami

Kehidupan yang ku lalui ini jua

Menuju ke syurga

Kekal abadi...


COPY AND PASTE BY KAK MAHABBAH~

Jumaat, 26 November 2010

Setulus Doa



Kuiringi doa tulus
Sesuci embun pagi
Dibasahi tasbih memuji
Tuhan pencipta alam semesta

Kulagukan hasrat hati
Pada Mu Tuhan menyerah diri
Mangharap lautan rahmat Mu
Penyeri di sana nanti

Oh Ya Allah
Kuiringi pengharapan di malam sunyi
Tangisan mengalir air mata
Hilangkan jemu sujud menyembah
Sebagai saksi pembantu diri
Tangan menadah himpunan rahmat Ilahi
Moga diri terarah ke syurga nanti

Bertemu Tuhan cita pertama
Nikmat yang tiada terhingga
Syahdu rindu bila maghfirah Mu
Membaluti tubuhku

Luka-luka tercalar dosa dan noda
Membawaku ke alam cintamu Tuhan
Pasti janjinya ditepati kan beroleh bahagia
Buat insan yang bertaqwa
Tahta kebesaran bagi mereka


Selasa, 23 November 2010

Lafaz Sakinah : Bukti Kesempurnaan Islam


Indahnya Islam : Selamat dari unsur Rahbaniyyah


Islam melarang zina, percampuran bebas antara lelaki dan wanita, dan hubungan di antara lelaki dan wanita tanpa ikatan. Manusia dilahirkan secara fitrah, berkehendak kepada pasangan. Justeru, pensyariatan perkahwinan menjadi bukti kesempurnaan agama suci ini. Tiada ketidak adilan yang berlaku, seperti yang ada pada agama Kristian dan yang lain, melarang para rahib untuk berkahwin. Unsur “Rahbaniyyah” ini atau boleh diertikan sebagai tidak berkahwin untuk beribadah semata-mata adalah satu bentuk kezaliman yang dahsyat.

Firman Allah SWT :

Dan di antara tanda-tanda(kebesaranNya) ialah Dia menjadikan pasangan-pasangan untukmu dari dirimu sendiri, agar kamu cenderung ke arah mereka dan merasa tenteram dengannya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang“ Surah Ar-Rum, ayat : 21

Dr Abdullah Nasih Ulwan ada menyebut antara keburukan dan masalah hasil dari unsur “Rahbaniyyah” :

1. Bahaya dari sudut kesihatan :

Kesan buruk “Rahbaniyyah” ini akan menatijahkan zina yang berleluasa. Ini kerana, bilamana fitrah tidak disalurkan ke jalan yang betul, hasilnya penzinaan akan mengisi ruang fitrah yang sepatutnya disinari dengan akad yang suci dan halal. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam huru-hara, keturunan dan nasab akan bercampur.

2. Bahaya dari sudut Ekonomi :

* Istilah ‘bujang seumur hidup’ memberi kesan yang amat buruk kepada lemahnya jasmani, fikiran dan akhlak. Ini mengakibatkan kurang penghasilan dari sudut tenaga untuk memberi kemajuan kepada masyarakat.

* Kurang hasil pengeluaran yang berkualiti. Disebabkan lemahnya jiwa, akal dan jasmani, maka ini akan memberi kesan kepada penghasilan dalam pekerjaan.


Akad bukti ubudiyyah :

Lafaz nikah menjadi satu bukti ibadah seorang hamba kepada Khaliqnya. Akad suci ini bukan hanya membawa kepada pertemuan dua jiwa, bahkan satu persembahan ibadah yang cukup indah kepada Yang Mencipta Cinta. Malah, dengan lafaz nikah itu, maka tertunailah sebahagian ibadah seseorang hamba Allah. Segala tugas si isteri dari memasak, mengemas, melayan suami dan menguruskan rumah tangga menjadi ibadah yang tidak ternilai.

Pengorbanan mulia mengandungkan, melahirkan dan mendidik dengan sabar si anak merupakan saham dan pelaburan yang amat tinggi bagi si isteri. Manakala, tugas memimpin, menafkah dan melindungi keluarga merupakan ibadah yang besar di sisi Islam. Usaha dan gandingan suami isteri untuk membentuk keluarga Islam atau “ Bait Muslim” merupakan tuntutan yang diharapkan Islam bagi memudahkan proses pembinaan sesebuah Negara Islam.

Inilah ubudiyyah dan pengabdian yang dikehendaki Islam dari akad yang suci ini. Bukan hanya matlamat untuk diri sendiri sahaja, bahkan matlamatnya adalah untuk kehidupan masyarakat yang harmoni.

Kesejahteraan dan kesihatan terjamin :

Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam karangan beliau ada menyebut di antara hikmah perkahwinan adalah saling bantu-membantu antara suami isteri dalam membina keluarga yang diredhaiNya. Bahkan, dengan lafaz suci ini juga Berjaya menyelamatkan ummat dari pelbagai penyakit, antaranya :

1. Penyakit Genorea : Ini adalah akibat dari perbuatan zina, yang mana kesannya cukup buruk kepada penglihatan kepada bayi yang dikandung, yang bakal berhadapan dengan penyakit buta.

2. Penyakit Sifilis : Ini juga merupakan salah satu penyakit hasil dari zina dan hubungan yang tidak sihat.

3. Penyakit kematangan awal : Ini kesan dari gejala seksual sebelum tempoh kematangan sebenar. Maka, banyak penyakit yang akan berlaku.

Jelaslah, jalan-jalan yang dilarang Islam bukan sahaja memberi keburukan dari sudut pembentukan akhlak, bahkan memberi kesan buruk kepada kesihatan jasmani. Islam adalah jalan penyelesaian. Semua akan selamat, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.