Jumaat, 6 Mei 2011

keasyikan dunia

sekadar gambar hiasan


nazak dunia di penghujung usia,
hembusan kalimah-kalimah sudah dimamah usia,
manusia semakin leka dangan keasyikan dunia,
manusia semakin hanyut dengan khayalan dunia.

khayalan yang melekakan diri,
menghanyutkan diri tak bertepi,
leka-leka aku dengan mimpi,
mimpi palsu mainan duniawi.

yaAllah beriku petunjukMu,
agar aku bisa mengharungi liku-liku,
liku-liku di penghujung usiaku,
layakkah hambaMu ini setia pada suruhanMu?

kekesalanku kini tiada erti lagi,
dengan taubat nasuha kini berserah diri,
kesalahan diri dan kedaifan diri
apakah Engkau masih mahu menerima diri ini.

nukilan melakarkanvas87

Tiada ulasan:

Catat Ulasan